Khamis, Julai 18

Racun ini yang paling legend

Pernah tiap-tiap insan itu ditimpakan perasaan yang sangat racun dalam dirinya. Mesti pernah. Sebab itu ada yang terbedakan antara insan berjaya dan sebaliknya. Racun ini dia tetap kan mengalir dalam khayal dan leka. Racun ini buat insan berjasadkan magnet. Racun ini buat insan berfikiran keldai. Racun ini buat insan alpa akan Pencipta. Racun ini sunggohlah racun.

Racun ini tiada mampu dihitung dengan berapa liternya atau berapa gelennya, kerana sampai satu tahap, racun ini mampu menenggelamkan dunia dan terkaku dunia kerana racun inilah. Racun ini bukan hentikan masa, tetapi sekonyong-konyongnya buat insan ditinggal masa. Racun ini andai terserap memberat tulang dengan izin Dia akan jua insan temu final kehidupan, hanya kerana racun ini. Oh racun ini sunggohlah racun.


Salah siapa ini?

"Ini salah saya, seorang saya yang membiar racun dengan enteng perluas wilayah dalam diri saya ini sendiri"

Terlalu selesa dengan berbagai belaian yang dikarunia Illahi. Lalu. racun pun menyengat.

Lalu, antidot dia apa?

Akal, dan Iman. walau selalu saja berkocak.

Biarpun racunnya tak semua habis dirawat, tapi tetap perlu dirawat malah dicegah. Kerana semakin dan semakin dibiar diam racun ini takut-takut bimbang-bimbang kan jadi darah dijasad insan. Lawan tetap lawan!

-------------------------------------------------------------------------------

"RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa" -Imam Al-Ghazali.