Selasa, Ogos 6

Kecelaruan perasaan

Mencalit apa yang akal menungkan pada diri, ke sini. Calit sikit.

Ini yang bermain-main di kepala.

Pejam mata dan hilang, hilang dipandangan orang orang yang ditiap-tiap keliling. Lalu, bangkit.
Dan kembali dengan semangat yang segar, ibarat bau rumput usai ditebas. Bau kehidupan baru.

Nah, untuk berbau kehidupan pun terpaksalah ditebasnya rumput-rumput.

Ada ruang dimana suatu orang teringin sekali mahu pulang. Teringin sekali mahu jeda, dan menari-nari riang didalam kedamaian tanpa kusut dan masainya hari-hari semalam. Bukan mahu berhenti, hanya jeda untuk satu ketika. Itu mahu aku. Dan engkau juga..

..aku tahu, kau penat dan letih. kau terkunci dan kaku, ada kaki namun tak daya nak lari, ada apa semuanya pun masih statik disitu. Macam burung yang tersangkarkan. Macam rimau yang terkandangkan. Macam ikan yang terbalangkan. Dengan rasa-rasa yang asyik singgah dekat hati kau, ada madu ada racun. Samuk sungguh samuk. Aku tahu.


Aku tahu, aku nampak. Tapi aku tak faham..