Isnin, Mac 19

#14 Semalam punya cerita.

Santai sedikitlah tulisan kalini! Lamanya aku pendam kata untuk aku coretkan dekat diari online aku ni. Dah memulas - mulas rasanya lah. Tinggal nak crett! Sibuk segala bagai sibuk, gara - gara kerja. Berlebih - lebih masa sampai. Bukan tamaklah. Malang sungguh tidak berbau, kan senang kalau boleh dibau, awal - awal lagi bolehlah tutup hidung. Umpama kentut yang tak diundang! Ah lari tujuan aku. Nak dijadikan cerita. Orang itu sulit orang ini sakit, aku yang segar bugar sihat walafiat senang sejahtera jugalah yang kena. Tak apalah, rezeki anak - anak.. ye dak? Tak gitu?

Bahagia sesaat

Bertarung dengan perihal duniawi bukannya enteng. Kejap-kejap di awangan, kejap-kejap dipijak pula. Betul aku, aku diam. Salah aku, aku pun diam. Hujan karma akan membasahi si pelaku, suka tak suka, terimalah dia. Okay dah mula dah ke- serious -an aku *mukaserious.jpg* Jujur aku kata, aku selesa dengan hidup sekarang ni. Tak berada tak pula hina. Naif namun tak daif. Dimata orang aku begini dan begitu, tapi aku belum lupa siapa aku *tepuk dada* Ada matlamat yang mahu aku capai, dinihari masih terkapai-kapai, sikit-sikit aku cuit. Moga-moga dapat aku gapai. Ewah! nak layan penulisan aku ni macamlah nak layan filem Songlap. Berat bro cerita tu.

Dari semalam. Rasa yang tertinggal mati berladung tak henti di hati. Rindu tanpa kata *semakin berat semakin mengantuk*

Bukan itu salah kamu, tetapi maafkan aku. 
Bukan di mana kamu, tetapi aku disini.
Bukan aku berharap tetapi.. 
Terima kasih kerana ianya adalah kamu.

Bukan minta belasmu, tetapi itu setiaku.
Bukan ke mana pergimu, tetapi aku masih disini.
Bukan hilang warasku tetapi..
Terima kasih kerana sumbunya aku dan apinya kamu.


Akhir kalam. Ekori aku di Twitter ( @4RM13 ). Assalammualaikum!