Jumaat, Januari 27

#13 Cuma singgah Minum.

Sakit! dengan sikap yang seumpama penyakit berjangkit yang menular acap kali mula melakukan perubahan.
Payah! senang terabai rasa yang permai dek kerana lalai serupa Sakai yang berserak berai pegangannya.
Sedih! becerita lebat lebur, bermadah gaya Pak Sako tapi iman di dada berterabur hampir tersungkur.
Malu! tersangatlah malu di hadrat Rabb ku. Wahai Rabb ku ampunkan diriku. Aku hina dan aku malu.

Tak sedikit pun aku lupa siapa diriku walau dinoda duniawi sesaat. "Aku ketahuilah bahasawanya Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar sembah, Melainkan Allah dan aku ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah itu Persuruh Allah". Tiada ku lupa akan pertama-tama Fardhu daripada segala fardhu 'Ain itu.

Telah aku sadari. Masa ku sebagai perantau didunia semakin suntuk. Tiada sempat untuk aku minum secukup-cukup air di samudera yang telah terumpamakan sebagai ilmu-Nya. Belum dapat aku tewaskan musuh aku yakni nafsu yang terbelah tujuh. Belum bisa aku menangi Radhiah di qalbu ini. Di detik ini aku pohon kau curahi aku dengan segala Hidayahmu wahai Rabb ku.Tiada ku layak ke Jannah, Tiada ku sanggup ke Jahannam. Segala yang dipinjam ini moga-moga mereka membantu aku di Alam Baqa. Alhamdulillah Wa Syukurilah wujudnya aku sebaik kejadian. Sakitnya laksana mengenggam tulang ikan lalu direntapnya tulang belulang itu semuanya maka itulah Sakarattul Maut yang ku mohon kau jauhi aku dari sengsara itu wahai Rabb ku. Jauhi aku jua dari seksa seksa azab kuburan yang tiada tertahan jasadku. Makanya hadiahkan ku hidayah mu itu sesungguhnya aku mahu mengenalimu hingga ke aras Haqqul Yakin.


Amin Amin Ya Rabbal Al Amin