Sekalipun aku tidak akan lupa akan kehadiran sahabat duniawi juga ukhrawiku. Dia Bulan. Bulan yang selalu terangi aku kala malam menjengah hari. Dia yang pertama selepas Cinta. Telah tertulis di atas sana bahawa aku dan Bulan dipisah jauh dijasad, di hati tak pernah pergi. Terima kasih dan Alhamdullilah ke hadrat robb ku kerana aku dipertemukan dengan sebaik insan seperti Bulan. "Kau tahu wan? aku rindu saat kau tidur dekat tangan aku masa dalam kereta time nak hantar kau ke Senai Airport tu, tak sangka itu saat terakhir dapat tengok kau tidur Wan :') Tak pedulik orang nak kata kita gay ke apa, aku anggap kau macam adik-beradik kandung aku Wan :') Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat bro (Y)"
Yang manis akan tetap manis, yang pahit? rasakan nikmat bisanya biar sampai lali. Dengan segala yang berlaku di tahun 2011 aku jadikan pengajaran untuk perjalanan aku yang baru bermula. Semoga Suhaimi, tak lut dengan panahan fitnah, tak lut dengan dentuman hasad dengki, tak lut dengan bedilan takbur diri. Amin ya rabbal al amin.
"Cause every breath that you'll take when you're sitting next to me will bring life into my deepest hopes"