Sabtu, Disember 17

#11 Tin Kosong.

Bersemuka dengan mereka yang tak sengaja bermuka-muka, bertalam tidak berdulang. Tak perlu skrip kerana mereka sendiri sutradaranya. Dari hari satu ke hari tiga puluh semuanya suci di mata. Sedangkan aku sendiri pun samalah. Bermacam watak yang dimainkan, sukar nak ditelaah satu persatu watak mereka dan watak utamanya ialah "Tin Kosong". Lalu diisinya tin itu dengan padat hal-hal duniawi dan ukhrawi. Tenangnya qalbu saat itu. Dan itulah yang membuat aku rindu dengan suasananya. Bila lagi akan ada perasaan yang tenang seperti itu biarpun batin terseksa merindu kenangan yang berlagu sayu lalu pecah mata ini keduanya. Semakin hari tin - tin kosong itu bunyinya semakin tepu tak seperti mulanya berdesing bingit bila diketuk. Keakraban satu persatu dari mereka jelas terlihat, seakan keluarga sedarah hinggapun disuruhnya berpisah berteriakan seraya menangis kesedihan. Dari situ aku kenal siapa kenalan siapa rakan siapa kawan siapa sahabat dan siapa lawan. Kami bukan lagi "Tin Kosong". Inilah berkawah hikmah yang aku idamkan sedari tiga purnama yang lampau. Alhamdulillah ke hadrat Rabb ku.


Every cloud has a silver lining -kata Si bangsa penjajah