Isnin, September 5

#9 Impresi pertama sangat misteri.

Mimpi setakat ini yang paling misteri. Sekali mimpi mesti nak cari apa yang tersirat. Bila dapat teka apa yang tersirat iman di dada terus tercampak, terdungu seperti Pak Pandir, langit belum menangis air di tempayan sekali kelip mata di telankan bumi. baru teka padahal. Misteri mimpi Sya----- gamaknya.

Selesai  pasal mainan tidur yang dikencing syaitan cuma, tapi bukan itu ceritanya. Begini ceritanya bukan begitu;

Berdondang sayang alahai lenggoknya, Bercahaya -manis wajahnya, tersipu lepu dibuatnya. Lalu disapa manja, "Assalammualaikum". Jatuh terhempap hati yang pincang . Sederas air terjun Niagara Falls jantung di dalam. Dia ayu pun iya manis pun ada, itu impresi pertama aku pada dia.

Ya. Itu impresi pertama aku pada dia. dia macam mana? rasa apa? hati dia kata aku ni yang bagaimana? misteri. betul-betul misteri. Kenapa dia pandang aku macam tu? kenapa cara dia bercakap macam tu? tersangat-sangat misteri. Manusia mana yang tak pernah bingung-sebingung ni bukan? Memang misteri.


Dia itu bukan siapa - siapa, mungkin Cinta gamaknya.