Sabtu, September 3

#8 Aku nyanyikan papan nada itu.


Selang putih di seli kan hitam, Oh papan nada aku cinta nyanyianmu

Jari jemari kurniaan yang Maha Pengasih di atas sana aku tari -kan mengikut rentak di atas papan nada. Maka papan nada mula bernyanyilah. Kerana halwa telinga tak klimaks dengan hanya mendengar atas dasar itu lah aku tari -kan jari-jari yang panjang panjang kurus ini. Bukan terus genius jari ini menari di situ namun disulam kepayahan, menelaah dengan sahabat tercinta yang tiada jemu mengajar. Beronok aku rasa bila dengan lelah sendirinya aku berjaya puaskan nafsu aku yang membuak - buak kerana dahagakan nyanyian papan nada.

Pengembaraan dalam bidang ini harus aku jelajahi lebih lama. Masih lagi di tahap amatur, tiada apa yang boleh aku gah kan sebenarnya tapi aku puas. Qalbu yang sunyi ini aku tiupkan azam yang membara-bara dan menggelegak agar sentiasa berusaha hingga jaya. Semoga Tuhan kabulkan permintaan hati yang semakin hari semakin pincang gara -gara kekhilafan yang lalu. Dengan tak semena aku siratkan kesedihan di dalam nyanyian papan nada yang ayu itu. Siapa yang tahu? hanya -Nya dan aku cuma.