Al kisah maka tersebutlah kisah di tengah hari yang sepatutnya pagi
aku baru bangun dari 'mati sementara' dek kerana dikejutkan dengan suara
bonda yang lantang dan kadang - kadang menjengkelkan. Sepucuk surat
dari abang Posman katanya. Perkhabaran yang paling menyakitkan qalbu
pada aku. Sepucuk surat sahaja tapi sudah mampu mengharu - birukan hidup
aku, sehinggakan Aidilfitri yang gilang gemilang hendaknya menjadi
tragedi cuma.
Kurang sebelas hari sahaja lagi aku akan menyambut Aidilfitri sementara manusia lain ada sebulan. Ahh betul - betul tension
dengan situasi ni, ikutkan hati memang nak menyumpah - seranah. Ramai
yang 'sokong' aku meneruskan benda tu, tapi ramai lagi aku punya
persepsi yang busuk pasal benda tu. haih tolonglah datang satu alasan
yang membolehkan aku lari dari benda tu, untuk selamanya.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya kan? siapa tahu? Alhamdulillah
kalau ada alasan, tak ada aku redha. Hakikatnya memang aku bingung
dengan benda yang datang dengan aku tak bersedia walau se-zarah azam
sekalipun, kalau itu takdirnya terpaksalah relakan hati meredah dengan
semangat yang positif
"1 HASRAT, 1 SEMANGAT, 1 TEKAD"