Isnin, November 19

Ma makna?



i

Tidak semestinya hadirnya rasa itu, dari mata. Namun sesahih-sahihnya dari ketulusan hati pabila otak menjauh dari orbital kerasionalannya. Dan kalau-kalau datangnya rasa itu bukan dari hati, maka itu rasa-rasa yang tidak sama dengan yang sepatutnya. Takut-takut rasa itu didustakan, makanya halau pergi dari hati. Adapun rasa itu logika, bukan hanya termaktub pada piagam buana hati semata.

Kesempurnaan bukan menjadi prioriti mahupun tuntutan. Terkurang sama diisi, terlebih sama dikongsi. itu bukti adanya rasa itu. Kata orang-orang yang pernah merasa, cemburu itu wajar dan boleh dikata perlu. Kewajaran itu menjadi perlu kerana cuak-cuak kehilangan si pencetus rasa. Beringat-ingatlah, cemburu itu sekadar perlu bukan terlalu. Bilamana sudah terlalu maka itu alamatnya sudah tertenggelam dalam diri sendiri, dan bukan dari rasa itu.

Datangnya rasa itu bukan seorang, berduaan diapit bahagia dan sakit. Terbit bahagia bila bersama yang membahagiakan. Sakit pula tertusuk bilakala kedapatan diri sendiri rapuh. Terumpamakan bagai pedang bermata dua. Bilahnya yang tajam-tajam terkadang beri perlindungan, terkadang dihadiahnya luka. Nah! usah berantakan! Tiada menyeksa jiwa sekalipun raga. Andai saja bahagia mula kelam kian suram semakin padam, maka lepaskanlah..




Itu rasa apa? Ma makna?