Sejak-sejak sudah bernama Mahasiswa kononnya life sebok betul. Tapi memang iya pun, dengan assignmentnya lah programlah dan bermacham-machamlah. BlackBerry nantiasa aku genggam, tunggu nanti pensyarah kasi tahu dia mau kelas batal. Lalu aku pun lekas-lekas kasi tau sama rakan-rakan sekelas. Itu duti aku sebagai kepala kelas. Dan aku lantik diri aku sendiri sebagai kepala kelas. Tak malu betul aku waktu tu. Entah kenapa, aku sibuk nak cabar diri aku waktu tu. Mari aku senaraikan apa yang aku bikin dalam semester pertama tahun pertama ini.
Kelas,
Kafe,
Katil,
... dan Ke laut.
Oh bukan. Aku bukan yang cuma 3K. Tambah satu lagi 'K' dekat situ. 'Ke laut' kata aku. Dalam kesempitan dapat juga aku kesempatan, kadang - kadang. Bertuahnya rasa bila duduk dekat dengan orang-orang hebat. Dapat rasa tempiasnya. Dibimbingnya kita jadi sama hebat semacam dia. Alhamdulillah.
Ke laut, aku mengail.
Isi laut maka dapatlah.
Bukan untuk perut seorang
Untuk kawan dan masa depan.
Ke laut, sekali belayar.
Laut luas penghujung dimana?
Entah apa ada didalam?
Ada karang cuma atau hidupan?
Maka ke laut lagi.
Mengail lagi.
Terus berlayar lagi.
Masih sempat dengan..
dengan izin Sang Dewata Muliaraya.
Jatuh wajibnya keatas semua.
Untuk ke laut.
Agar lebih kuat kita didarat.
Kenapa berlari tak cukup tanah?
Kerana laut tak rajin diselam.