Sabtu, Jun 13

Sekeping pondok

Pondok yang kali-kali disinggah dan pergi,
Yang sudah pun lali dengan tamu-tamu yang sudi;
dan tak sudi.

Kadang pondok usang ini, ditabrak.
Pun masih tetap berdiri sebuah pondok.

Kerana ini pondok yang binaanya dari batuan yang paling batu,
Yang tiang-tiangnya dari kayu yang paling katang,

Tapi ini cuma pondok.

Hari ini ribut tamunya, hari esok dia bukan lagi pondok yang semalam.