Percumalah segala kata-kata. Impian menjadi angan-angan. Yang bodoh terus terbongok malah tersungkur tapi belum berputus asa. Kerana akan ada pelangi selepas hujan yang lebat ini turun. Tersenyum sendiri melihat kebodohan sendiri juga. Tidak bersedihlah kerana permainan yang belum cukup matangnya ini. Barulah tersadar? adanya cahaya dahulu diendahkan walaupun sentiasa didengari. Ruang dan masa sahaja lah yang menentukan.Tersangat betul lah kata orang-orang, cinta datang tanpa diundang, hanya perlu tunggu dan lihat. Bila ia datang, janganlah sibuk mencari yang sempurna, tetapi sempurnakanlah yang tidak sempurna itu. Aku mencinta bukan sembarang mencinta. Aku pecinta yang juga ingin dicinta. Semoga, semoga dan semoga lah harapan hati.
Mencari rusuk yang hilang. Oh rusuk, pulanglah segera ke pangkuan. Hati sudah pincang.