Sabtu, Ogos 20
#3 Budak Jahat
Teringin nak jadi Budak Jahat. Budak Jahat yang bukan budak jahat. lebih kepada budak kedah (Juvana). Sebab Budak Jahat lebih melihat dari budak baik atau budak yang konon - kononnya baik. Setuju?
Hidup berpandukan gerak hati. Kemana jasad di bawa ke situlah jasad berdiri. Bukan nak mengotorkan tangan tapi nak lihat kekotoran. Mencari diri sendiri dengan mencari orang lain. Dunia memang berputarlah, tapi kalau diam juga serupa dunia ni tak perlu orbit bukan? Hasilnya belum pasti tapi sudah tentu berhasil. Baik dan buruk itu soal kedua. Pengalaman lah hadiah bagi yang johan. Jangan kau alpa seperti Si Tenggang.
Barulah sedar. Hidup bukan perlu enjoy semata. Kalau jadi Budak Jahat perlu ada hati seperti raja rimba. Perlu ada hati saling tak tumpah seperti burung hantu. Tenunglah seberapa lama pun iman tak goyah. Kalam yang Maha Berkuasa harus disemat di dada. Namun, langit tak selalunya cerah, dah kelabu jangan terus melatah. Langit menangis itu cobaan, mentari tunggu ditemani pelangi. Tadahlah tangan, berSyukur diberi mentari sekali lagi.
Ini, aku tulis kepada aku. Takut aku ternoda dengan diri aku sendiri.