Jumaat, Ogos 19
#1 Kebangkitan.
Pagi tadi lepas sahur aku baring dekat lantai mozek yang dingin diselimuti kesejukan embun yang semula
jadinya dan di alaskan tikar mengkuang cuma. Lalu termenung, jujur aku katakan bila termenung mesti teringat kenangan. Kenangan itu aku suka tapi yang aku benci bila aku teringat. Maka seribu satulah fikiran bermain ketika itu. Ada yang manis ada yang pahit, tapi akhirnya aku rasa pahit puihh!
Tiba-tiba datang satu suara yang entah dari mana berkata, "Oh Suhaimi, aku Hati, aku tahu kau memang sayang sama dia, marilah kita mengejar dia", dan aku pun bertanya, "Dia? Siapa dia yang engkau maksudkan?", lalu hati pun jawab, "CINTA!". Datang lagi suara mencelah, "Ahhh mengelamun lagi? fikirlah, diri kau sendiri terjaga kah ya suhaimi? bangkitlah, usah kau layankan perasaan Hati". Tersentak aku mendengar kata-kata dari Otak tadi.
Rupanya aku alpa. Kebanyakan masa habis memikirkan hal yang belum cukup matangnya. Sedar tak sedar, semangat aku naik dengan sendirinya. Mahu lupakan barang yang lepas. Biar kenangan aku simpan tapi harap tidak teringat. Blog yang seakan tidak bermaya ini aku putihkan biar berselera aku mahu menulis. Inilah yang aku perlukan. Kebangkitan!